Malaysia segera buka kedutaan di Syria

Malaysia segera buka kedutaan di Syria

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia perlu membuka semula kedutaan besarnya di Damsyik, Syria di bawah pemerintahan kerajaan sementara.

Bercakap kepada Utusan Malaysia Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, pembukaan kedutaan Malaysia di negara berkenaan bertepatan prinsip pengukuhan hubungan bilateral antara kedua-dua negara.

Malah katanya, kerajaan Malaysia seharusnya telah berhubung dengan kerajaan sementara Syria untuk mengaktif semula kedutaan di negara berkenaan.

“Kita juga perlu segera menghantar wakil sama ada Duta atau sebagainya untuk memperkukuh hubungan bilateral.

“Di samping itu dan dalam masa yang sama Malaysia juga seharusnya menawarkan sumbangan ke arah pembinaan-semula Syria,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Saifuddin ketika ditanya cadangan bagi menghantar pulang pelarian Syria di negara ini berkata, kerajaan tidak boleh mengambil tindakan secara tergesa-gesa.

“Bagi rakyat Syria yang berlindung di sini, terserah kepada mereka kerana ia sesuatu yang tidak boleh paksa. Malah kita tidak sepatutnya menghantar mereka pulang dengan meniru beberapa negara Barat yang secara tiba-tiba mengusir pelarian,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya