Malaysia minta dunia hormati peralihan politik di Syria

Malaysia minta dunia hormati peralihan politik di Syria

ANWAR Ibrahim semasa sesi Mesyuarat Kumpulan, Visi Strategik Rusia – Dunia Islam yang berlangsung di Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus komited dalam menyokong usaha Syria membangunkan semula negaranya selepas konflik melibatkan pimpinan Bashar al-Assad digulingkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia akan terus memantau perkembangan dan transisi yang berlaku di Syria serta memastikan perubahan politik berlaku dengan lancar tanpa melibatkan pertumpahan darah.

“Malaysia akan sentiasa memantau situasi ini, dan menyeru semua negara menghormati keputusan itu.

“Kita juga menyeru segala transisi politik yang berlaku berlangsung tanpa ada konflik dan kekerasan,” katanya semasa sesi Mesyuarat Kumpulan Visi Strategik Rusia – Dunia Islam yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Isnin lalu, media melaporkan pemerintah keluarga Assad selama lima dekad di Syria berakhir selepas pejuang pembangkang menguasai Damsyik pada awal pagi Ahad.

Presiden Syria, Bashar al-Assad – yang memegang kuasa selama 24 tahun selepas menggantikan bapanya – dilaporkan melarikan diri dari negara itu.

Pemerintahan Assad menghadapi tekanan sejak 2011 apabila demonstrasi Arab Spring bertukar menjadi perang saudara.

Pembangkang ketika ini – yang dipimpin oleh kumpulan pemberontak digelar Hayat Tahrir al-Sham (HTS) – melancarkan serangan sejak penghujung November dan berjaya mengusir pasukan kerajaan dari bandar-bandar utama seperti Aleppo, Hama, dan Homs.

HTS merupakan cabang al-Qaeda dan dianggap sebagai kumpulan pengganas oleh AS.

Namun, pada tahun 2023, pemimpinnya Abu Mohammed al-Golani dilaporkan cuba memperbaharui imej kumpulan tersebut dengan pendekatan yang lebih sederhana.

Menerusi pertemuan itu, turut membincangkan hubungan antara Persekutuan Rusia dan negara-negara Islam di tengah-tengah perubahan landskap antarabangsa yang pesat.

Topik yang akan dibincangkan termasuk kerjasama politik, perdagangan, ekonomi, budaya, kemanusiaan, dan kerohanian, serta kolaborasi dalam bidang seperti perbankan Islam, keselamatan, dan hasil Sidang Kemuncak BRICS ke-16 di Kazan.

Turut terlibat 200 wakil dari badan kerajaan, tokoh politik dari 32 negara di Asia, Afrika, dan Timur Tengah, serta organisasi antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya