Malaysia lanjut pengecualian visa warganegara India hingga 2026

Malaysia lanjut pengecualian visa warganegara India hingga 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia  bersetuju melanjutkan tempoh pengecualian visa selama 30 hari kepada warganegara India sehingga 31 Disember 2026.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Alik Jeman berkata, keputusan ini selari dengan persiapan pempengerusian ASEAN 2025 dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Jelasnya, sebelum ini, pelanjutan pengecualian visa yang sama diberikan kepada warganegara China dengan tarikh akhir yang sama.

“Pelan Liberalisasi Visa telah diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia bagi prospek meningkatkan sektor ekonomi dan pelancongan di Malaysia tanpa berkompromi kepada aspek keselamatan negara.

“Salah satu inisiatif bawah Pelan Liberalisasi Visa ini ialah pemberian pengecualian visa bagi tempoh selama 30 hari kepada warganegara China dan India berkuat kuasa mulai 1 Disember 2023 sehingga 31 Disember 2026 untuk China dan 31 Disember 2024 untuk India,” katanya dalam kenyataan malam ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya