Malaysia guna semua platform bersuara isu global - Anwar

Malaysia guna semua platform bersuara isu global – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia harus menggunakan segala platform di rantau ini mahu pun peringkat antarabangsa untuk membangkitkan kebimbangan terhadap ketidaktentuan dunia hari ini kepada pihak berkepentingan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tadbir urus global pada masa kini berada di bawah paras optimum sehinggakan tidak mampu menghadapi cabaran hari ini.

Katanya, terdapat empat kunci yang perlukan reformasi iaitu struktur kewangan antarabangsa; sistem perdagangan antarabangsa, kewangan dan keadilan iklim serta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

“Bagaimanapun, janji reformasi akan kekal sebagai omongan kosong jika ia tidak diterjemahkan kepada tindakan yang lebih konkrit.

“Apabila ada negara melakukan keganasan dan menyebarkan penderitaan tanpa hukuman, apabila berjuta-juta kekal terperangkap dalam kemiskinan serta apabila bencana alam mengancam komuniti.

“Ini adalah dasar dan kegagalan moral yang menintit respon segera kami,” katanya ketika berucap pada Forum Tindakan Bersama 2024, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, masa untuk bertindak secara tidak matang dan perubahan berfasa sudah berlalu.

Sebaliknya, beliau berkata, pilihan kini jelas terhidang iaitu sama ada meneruskan sistem yang meminggirkan sebahagian besar masyarakat dunia atau membina sistem baharu berasaskan perkongsian tulen, kemakmuran bersama dan pembangunan mampan.

“Kita mesti bertindak dengan berani untuk mencipta masa depan yang sangat diperlukan oleh dunia kita,” katanya.

Anwar berkata, dunia kini berada di persimpangan yang kritikal dalam menangani isu keadilan global. 

Katanya, tindakan Israel terhadap rakyat Palestin, jenayah perang, hukuman kolektif, dan genosid, adalah penghinaan terhadap undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia yang dilakukan secara terang-terangan.

“Sejarah sudah membuktikan kepada kita tentang kekuatan solidariti moral. Ketika berdepan apartheid di Afrika Selatan, dunia bersatu untuk mengasingkan rejim yang tidak berpegang kepada prinsip-prinsip kemanusiaan. 

“Hari ini, pencerobohan berterusan oleh Israel menuntut tindak balas serupa. Pengabaiannya terhadap nyawa rakyat Palestin dan serangannya terhadap UNRWA, kini memusnahkan talian hayat penduduk Gaza,” katanya.

Oleh demikian, Anwar berkata, ketika berdepan dengan ketidaktentuan dan cabaran dunia masa kini, ASEAN muncul sebagai contoh bagaimana kerjasama selatan-selatan dapat memajukan sistem multilateral yang lebih adil.

Ends/

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya