Malaysia bertegas kekal hubungan baik dengan Barat, Timur

Malaysia bertegas kekal hubungan baik dengan Barat, Timur

ANWAR Ibrahim semasa sesi Mesyuarat Kumpulan, Visi Strategik Rusia – Dunia Islam yang berlangsung di Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia kekal berpendirian tegas untuk mengekalkan hubungan baik dan bebas dengan negara Barat serta Timur

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama antara Rusia dan dunia Islam bukan hanya bersifat politik, tetapi berpaksikan ekonomi dan budaya seperti yang ditunjukkan melalui inisiatif BRICS.

Malah katanya, Malaysia, sebagai sebuah negara merdeka, membuat keputusan tegas untuk mengekalkan pendirian yang bebas, baik dalam hubungan dengan Barat mahupun Timur.

“Rusia menunjukkan kemajuan besar dalam sektor pertanian, menjadi pengeksport utama gandum, membantu menangani cabaran keselamatan makanan global.

“Malaysia juga aktif dalam membangun ekosistem institusi kewangan syariah, termasuk bank dan takaful. Kami percaya pengalaman dan teknologi Rusia boleh melengkapi usaha ini, termasuk dalam sektor teknologi tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapatama ketika sesi Mesyuarat Kumpulan Visi Strategik Rusia – Dunia Islam yang berlangsung di Kuala Lumpur, disini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Luar Rusia, Andrey Rudenko; Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Prof Emeritus Dr Osman Bakar; Pengarah Majlis Mesir bagi Hal Ehwal Antarabangsa (ECIA), Ezzat Saad; Ketua Pengarah Hal Ehwal Politik Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Mohamed Salah Tekaya; Hakim Agung Palestin, Mahmoud Sudqi Al-Habbash dan Setiausaha Agung Kesatuan Agensi Berita OIC (UNA), Muhammad Al-Yami.

Dalam ucapannya, Anwar turut menyeru usaha global dalam mengamalkan nilai-nilai kemanusiaan, keadilan, dan ihsan dalam memerangi kebangkitan fasisme, rasisme, ketidaktoleranan.

Beliau menekankan prinsip As-Samud, Rahmah, dan Ehsan, atau nilai-nilai toleransi, belas kasihan, dan kemanusiaan, perlu ditekankan dalam memandu dunia Islam untuk menangani cabaran global.

“Kita fikir dengan pembangunan, kemajuan, dan ilmu, kita akan memperoleh kebijaksanaan yang lebih besar. Kita berharap akan ada lebih banyak toleransi antara orang Islam dan pemimpin agama dari pelbagai denominasi. Tetapi ini tidak berlaku.

“Kita berada dalam era tragedi besar, kemanusiaan sedang runtuh, terutama di kalangan umat Islam. Tanggungjawab kita adalah untuk mempromosikan pemahaman baharu berdasarkan toleransi (tasamuh), rahmah, dan ihsan, kerana itulah yang diajarkan oleh Islam.

“Penting bagi kita menggunakan persidangan seperti ini untuk menyampaikan mesej berkenaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya