MAIWP diminta salur segera bantuan kepada mangsa banjir 

MAIWP diminta salur segera bantuan kepada mangsa banjir 

MOHD. NAIM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diminta untuk menyalurkan bantuan dengan kadar segera kepada mangsa banjir. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Naim Mokhtar berkata, sebarang bantuan tidak boleh dilewatkan kerana keadaan mendesak. 

“Saya telah meminta mesyuarat diadakan segera kerana tidak mahu sebarang kelewatan, apabila jawatankuasa telah bersidang, duit bantuan itu akan disalurkan ke Tabung Musaadah. 

“Fokus bantuan ini akan diberikan kepada negeri yang terjejas teruk seperti di negeri di Pantai Timur, Kedah dan lain-lain.

“Segala kerjasama perlu disegerakan kerana kita tak nak lewat untuk menghantar bantuan ini kerana terdesak,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Bijak Bestari Kampong Bharu di Menara TH di sini, hari ini. 

Terdahulu, MAIWP mengumumkan peruntukan tambahan RM7 juta bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara

Peruntukan itu adalah tambahan kepada peruntukan sebanyak RM5 juta yang telah diumumkannya sebelum ini, menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan untuk membantu mangsa banjir ialah RM12 juta.

Daripada RM7 juta (peruntukan tambahan) itu, RM2 juta adalah daripada MAIWP, manakala bakinya daripada Yayasan Taqwa MAIWP. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya