Mahkamah Tinggi kekal hukuman pegawai MDB dituduh rasuah

Mahkamah Tinggi kekal hukuman pegawai Majlis Daerah Besut dituduh rasuah

ZARIMAN Ibrahim diiringi anggota SPRM ketika dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM10,000 terhadap seorang pegawai perancang bandar dan desa di Majlis Daerah Besut (MDB) yang didapati bersalah menerima rasuah berjumlah RM4,500, enam tahun lalu.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu selepas menolak rayuan yang dikemukakan Zariman Ibrahim, 44, terhadap hukuman tersebut.

Beliau juga mengarahkan hukuman penjara terhadap lelaki berkenaan berjalan mulai semalam. 

Terdahulu, Zariman dihukum penjara dua bulan dan denda RM10,000 atas kesalahan menerima rasuah berkenaan oleh Hakim Dazuki Ali di Mahkamah Sesyen di sini pada 17 Ogos 2023.

Berdasarkan pertuduhan, pegawai tersebut dituduh menerima suapan berkenaan daripada seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

Dia dituduh menerima rasuah berjumlah RM4,500 menerusi akaun bank peribadinya pada 4 September 2018.

Zariman dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh pula diwakili peguam, Mohd. Zamri Md. Jail. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya