Mahasiswa UMS berhimpun secara aman tanpa sebarang provokasi

Mahasiswa UMS berhimpun secara aman tanpa sebarang provokasi

MUHAMAD Fadhil Muhamad Kasim semasa Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah berhampiran Menara Kinabalu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: “Hidup..hidup rakyat Sabah. Jangan takut rakyat Sabah…jangan takut mahasiswa. Jangan takut anak muda. Kita turun, kita lawan,”.

Itu antara laungan yang kedengaran sepanjang perarakan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menyertai Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah dengan berjalan kaki sejauh kira-kira lima kilometer ke Menara Kinabalu.

Perhimpunan aman yang disertai kira-kira 100 orang peserta termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berlangsung secara aman tanpa sebarang provokasi yang menimbulkan kekacauan.

Biarpun satu lagi kumpulan Himpunan Aman Bangkit Sabahan dilihat cuba bertembung dengan mereka namun, kawalan ketat pasukan PDRM berjaya mengelakkan kedua-dua kumpulan bertembung.

Kawalan ketat turut membabitkan pasukan daripada Unit Anti Rusuhan (PURO) Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah.

Presiden Suara Mahasiswa UMS, Muhamad Fadhil Muhamad Kasim berkata, mereka akan meneruskan perhimpunan sehingga pukul 1 pagi sebagai ekspresi untuk mendesak kerajaan melawan rasuah.

Katanya, biarpun perhimpunan itu tidak mewakili UMS namun, warga UMS tetap bersama-sama berhimpun bagi mewakili seluruh kekuatan dan ekspresi rakyat Sabah.

Sekiranya ada tindakan yang diambil terhadap mereka yang menyertai perhimpunan itu, mereka akan menggunakan undang-undang bagi menyemak tindakan tersebut.

“Namun, saya yakin tidak akan ada tindakan daripada pihak universiti kerana kami adalah rakyat Malaysia yang terjamin haknya di bawah Perlembagaan Persekutuan. Saya yakin selaras dengan Akta Perhimpunan Aman segala-galanya telah kita patuhi,” katanya.

Muhamad Fadhli yang juga Kordinator Perhimpunan Gempur Rasuah Sabah berkata, mereka beruntung kerana tiada mana-mana entiti politik yang cuba menunggang perhimpunan mahasiswa dan rakyat ini dengan memakai pakaian yang berlogo parti. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya