Mahar sambut baik pembebasan Damascus

Mahar sambut baik pembebasan Damascus

JISMI (dua dari kanan) bersama rakyat Syria ketika berada di kedutaan negara itu sebagai tanda solidariti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysian Humanitarian Aid and Relief (Mahar) menyambut berita pembebasan Damsyik dan kejatuhan kerajaan rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad, dengan rasa penuh syukur.

Presiden Mahar, Jismi Johari berkata, pertubuhan itu membantu pelarian syria di Malaysia sejak bermulanya krisis pelarian negara itu ⁠pada 2016 dan sejak itu,  kerajaan Malaysia telah menerima cadangan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan untuk mewujudkan program penempatan sementara migran syria (PPSMS) dan dikelolakan Mahar.

Kata beliau, kewujudan PPSMS adalah atas dasar kemanusiaan dan keprihatinan di mana ⁠sejak 2016 dan hingga hari ini, Mahar telah mengurus keberadaan pelarian tersebut di negara ini.

“Kami di ⁠Mahar sangat memahami keperluan dan kesusahan yangg dihadapi oleh pelarian dari Syria.  PPSMS merupakan satu platform yg memberi peluang kedua kepada warga Syria di Malaysia- ⁠selain dari menjaga kebajikan, mahar juga memastikan bahawa hak setiap peserta dibawah program dilindungi menepati piawaian hak asasi manusia dan hak2 pelarian,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Jismi,  melalui PPSMS, ramai peserta telah berjaya dalam kehidupan mereka sama ada dapat bekerja, berniaga atau melanjutkan pelajaran

“Justeru melihat kesengsaraan dan kesusahan yang dihadapi rakyat Syria serata dunia selama ini, jujur saya katakan, kami di Mahar  amat bersyukur bagi mereka. Diharapkan Syria yang baharu dapat memberikan apa yang mereka tidak kecapi selama ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya