Luruan Monsun sehingga Isnin depan - Met Malaysia

Luruan Monsun sehingga Isnin depan – Met Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Luruan monsun dijangka berterusan sehingga 16 Disember ini, berdasarkan analisis model cuaca terkini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) dalam satu kenyataan berkata, keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur dan utara Semenanjung serta Sabah sepanjang tempoh berkenaan.

“Amaran hujan berterusan (buruk dan waspada) membabitkan timur dan utara Semenanjung berkuat kuasa sehingga 11 Disember ini.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 12 Disember ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Met Malaysia turut menasihati orang ramai supaya sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi Met Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapat maklumat terkini dan sahih.

Laporan terdahulu menyebut, hujan lebat berterusan peringkat jingga dijangka melanda beberapa daerah di Terengganu dan Pahang sehingga Rabu ini.

METMalaysia turut memaklumkan hujan berterusan peringkat kuning diramal di Perlis, Kelantan serta beberapa daerah di Perak, Terengganu, Pahang dan Johor.  – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya