Lubang benam Jalan Gua Musang-Lojing

Lubang benam Jalan Gua Musang-Lojing: Pengguna disaran guna dua laluan alternatif

Laluan alternatif yang dikongsi di Facebook Rasmi JKR Gua Musang. - IHSAN JKR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Jabatan Kerja Raya (JKR) menasihatkan orang ramai menggunakan dua laluan alternatif sebagai jalan perhubungan sementara susulan jalan di Kilometer 78.6 Jalan Gua Musang-Lojing ditutup sepenuhnya akibat lubang benam baharu sedalam sembilan meter, semalam.

Pengguna jalan raya dari Gua Musang yang ingin ke Tanah Tinggi Cameron Highlands, Pahang boleh menggunakan laluan Sungai Koyan-Ringlet-Cameron Highland.


LALUAN alternatif yang dikongsi di Facebook Rasmi JKR Gua Musang. – IHSAN JKR

Untuk ke Ipoh, Perak pengguna boleh menggunakan laluan Gua Musang-Sungai Koyan-Ringlet-Tapah-Ipoh.

Terdahulu, laluan di Kilometer 78, Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke d ditutup kepada semua kenderaan selepas lubang benam baharu sedalam sembilan meter dikesan di jalan itu pada Khamis lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya