Lima lelaki dipercayai terlibat kes curi lori ditahan

Lima lelaki dipercayai terlibat kes curi lori ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan lima lelaki dipercayai terlibat dengan kes curi sebuah lori dalam serbuan di bahu Jalan U3/3, Bandar Pinggiran Subang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berkaitan kehilangan sebuah lori Isuzu Delta tiga tan berwarna merah milik syarikat, yang diparkir di bahu jalan USJ 1/25, UEP Subang di sini, Sabtu lalu.

“Mangsa yang bekerja sebagai pengarah syarikat pengubahsuaian rumah melaporkan lori milik syarikat terbabit hilang, disyaki dicuri kira-kira 7 pagi kelmarin.

“Beberapa jam selepas dilaporkan hilang, sepasukan polis berjaya mengesan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex dan lori yang dilaporkan hilang terbabit dan menahan lima lelaki berusia antara 27 hingga 37 tahun pada 12.30 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut berjaya menemukan sejumlah peralatan yang dipercayai digunakan untuk memecah rumah di dalam MPV berwarna hitam berkenaan.

Katanya, semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau.

“Soal siasat awal membawa kepada penemuan sebuah Perodua Axia di pusat beli-belah IOI Puchong, Selangor, yang dipercayai digunakan bagi kegiatan pecah rumah.

“Hasil pemeriksaan di dalam kereta Perodua Axia berkenaan, polis menemukan dua unit pemampat penghawa dingin dan sebuah tong gas.

“Kesemua suspek direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya