Lima kanak-kanak antara 24 PATI ditahan di Kinta, Perak Tengah - Utusan Malaysia

Lima kanak-kanak antara 24 PATI ditahan di Kinta, Perak Tengah

ANGGOTA Jabatan Imigresen memeriksa dokumen pengenalan diri warga asing dalam serbuan di Batu Gajah dan Parit hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Lima kanak-kanak antara 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam serbuan berasingan di daerah Kinta dan Perak Tengah awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Perak, Meor Hezbullah Meor Abdul Malik berkata, serbuan antara pukul 11 malam semalam hingga 5 pagi tadi itu dilakukan oleh sepasukan pegawai daripada Unit Risikan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasa Imigresen Perak.

Katanya, serbuan itu dijalankan di lima premis kediaman dan ladang kelapa sawit sekitar Batu Gajah dan Parit.

“Warga asing yang ditahan adalah terdiri daripada 14 lelaki, lima orang perempuan serta lima kanak-kanak dan kesemua mereka berusia antara dua hingga 55 tahun.

“Kesemua warga asing itu dibawa ke Depot Imigresen Ipoh bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu masuk dan berada di Malaysia tanpa pas yang sah.

“Siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(c) akta yang sama iaitu telah tinggal atau berada dalam Malaysia melebihi tempoh sah pas yang dikeluarkan dan kesalahan di bawah Peraturan 39(b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas yang telah dikeluarkan,” katanya di sini hari ini.

Meor Hezbullah berkata pihaknya berharap masyarakat dapat tampil membuat laporan atau aduan bagi membantu Imigresen Perak membanteras kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini.

“Jabatan Imigresen juga akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana majikan atau individu yang menggaji atau melindungi PATI termasuk pendakwaan di mahkamah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya