LHDN terima 108.5 juta e-invois sejak Ogos lepas

LHDN terima 108.5 juta e-invois sejak Ogos lepas

ABU TARIQ JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima sebanyak 108.5 juta e-Invois melibatkan  8,800 pembayar cukai semenjak pelaksanaannya yang bermula pada 1 Ogos lalu sehingga hari ini.

Oleh itu, LHDN akan meneruskan pelaksanaan e-Invois bagi Fasa Kedua melibatkan 14,000 pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan di antara RM25 juta hingga RM100 juta bermula 1 Januari 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin berkata, peralihan sistem e-Invois ini merupakan satu cabaran besar khususnya kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Namun beliau berkata,  LHDN yakin dengan kerjasama semua pihak ia akan memberikan impak yang signifikan sekali gus memberikan pulangan kepada sistem percukaian negara. 

“PKS perlu memastikan sistem perakaunan mereka memenuhi spesifikasi e-Invois bagi tujuan kelancaran validasi e-Invois, menyediakan infrastruktur digital yang patuh terhadap peraturan LHDN, menjalankan ujian sistem sebelum pelaksanaan penuh dilakukan dan menyediakan khidmat sokongan teknikal yang mencukupi,” katanya hari ini.

Terdahulu, Siri jelajah dan seminar dalam menyebar luas informasi berkaitan e-Invois kepada kumpulan sasar dan masyarakat umum merupakan salah satu agenda utama LHDN untuk memastikan pelaksanaannya berjalan lancar. 

Pada kali ini, siri jelajah e-Invois memilih Johor dengan menyasarkan kepada kumpulan PKS yang akan terlibat dengan Fasa Kedua eInvois nanti. 

Seminar itu turut berlangsung hari ini di Pusat Konvensyen Persada Johor Bahru dan dihadiri seramai hampir 1,000 orang melibatkan penyertaan daripada 490 syarikat dan perniagaan.

Selain itu, Dr. Abu Tariq berkata, LHDN juga telah menerima maklum balas positif berkenaan pelaksanaan e-Invois.

“Sebanyak 35 peratus pembayar cukai yang telah melaksanakan e-Invois secara sukarela terdiri daripada pembayar cukai Fasa Kedua dan Fasa Ketiga. 

“Penerimaan ini menunjukkan ketersediaan kumpulan ini untuk beralih ke era pendigitalan perniagaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya