Letak jawatan bukan sebab PN retak -

Letak jawatan bukan sebab PN retak –  Ahmad Samsuri 

AHMAD Samsuri Mokhtar (kiri) beramah mesra bersama graduan selepas Majlis Imaratul Ilmi Ke-5 Kolej Al-Quran Terengganu di Pusat Konvokesyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU:  Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri menafikan tindakannya meletak jawatan sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN) berpunca daripada keretakan dalam gabungan parti politik tersebut.

Beliau yang juga Naib Presiden Pas berkata,  tindakannya yang dilakukan secara mengejut itu juga tiada kaitan dengan keputusan Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar daripada PN, semalam.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Kemaman itu menegaskan, PN sedang mencari jalan untuk memperkukuh gabungan itu supaya menjadi suatu muafakat politik yang lebih kuat sebelum menghadapi pilihan raya dalam tempoh dua tahun lagi.

“Tidak berlaku keretakan sebenarnya (punca letak jawatan). Saya boleh sebut macam tu, tidak berlaku keretakan apa-apa.

“Parti SAPP keluar daripada PN, itu isu yang berasingan.  (Keputusan letak jawatan) tiada kena mengena apa yang berlaku di Sabah,” katanya selepas Majlis Imaratul Ilmi Ke-5, Kolej Al-Quran Terengganu,  di sini, hari ini.

Ketika ditanya apakah tindakan itu atas kerelaan sendiri atau paksaan, Ahmad Samsuri berkata, beliau tidak mahu memberi penjelasan berhubung perkara tersebut, sebaliknya menyerahkan kepada kepimpinan  tertinggi Pas menguruskannya.

Malah, beliau juga enggan mengulas sama ada tindakan itu diambil kerana sibuk dengan tugas sebagai Menteri Besar dan ahli Parlimen.

“Saya rasa, baca saya punya komen dalam Facebook yang saya quote daripada Kareem Abdul-Jabbar. Kalau boleh tafsir, tafsir daripada itulah,” katanya.

Pada Rabu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, mengesahkan Ahmad Samsuri  mengemukakan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN namun enggan mengulas lanjut perkara itu.

Majlis Tertinggi PN yang bermesyuarat pada 9 Disember lalu mengesahkan pelantikan enam jawatan penting yang kesemuanya kekal menjadi milik Bersatu.

Ia melibatkan pelantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung PN manakala jawatan Ketua Penerangan pula diisi Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai Ketua Wanita.

Bersatu juga menamakan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Timbalan Pengerusi PN manakala Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee sebagai anggota Majlis Tertinggi PN selaras dengan keputusan pemilihan parti itu baru-baru ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya