Lepaskan jawatan tinggi demi kuih kapit

Lepaskan jawatan tinggi demi kuih kapit

SHAHARULNIZAM Ahmad dan isteri, Raffezah Md. Isa menunjukkan kuih kapit dihasilkannya. – UTUSAN/MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Bapa kepada dua orang anak, Shaharulnizam Ahmad, 48, sebelum ini merupakan seorang pengurus projek sebuah syarikat di Kuala Lumpur selain bekerja dalam sektor perbankan selama berpuluh tahun.

Namun, dia membuat keputusan bermastautin di Kampung Haji Ariff Temoh Stesen, Chenderiang di sini sejak lima tahun lalu untuk terlibat dalam dunia perniagaan kuih kapit secara serius.

Nyata usaha itu tidak sia-sia apabila mampu memperoleh pendapatan sehingga RM5,000 sebulan terutamanya menjelang Aidilfitri.

“Kami memperoleh pendapatan kasar mencecah empat angka sebulan melalui penjualan kuih ini dan menu lain seperti piza dan cream puff.

“Perbezaan kuih kapit saya ialah ramuan rahsia iaitu penggunaan lima jenis tepung antaranya tepung gandum dan beras yang menjadikan teksturnya lebih rangup serta lazat,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kuih kapit itu dihasilkan bersama isterinya, Raffezah Md. Isa, 45 tahun dengan pasaran kuih­nya menjangkau sehingga ke Sabah dan Sarawak.

Ujarnya, penggunaan media sosial seperti Facebook dan TikTok banyak membantunya dalam memasarkan produk.

“Selain dijual secara dalam talian, produk saya turut dijual di kedai bakeri dan pasar raya,” katanya.

Antara pilihan kuih kapitnya ialah perisa asli, coklat dan mentega kacang.

Resipi kuih kapit hanya menggunakan tepung, air bertapis, gula, santan, telur ayam dan perisa.

“Saya gembira kerana kuih ini dapat dinikmati pelbagai kaum,” katanya yang mengakui tidak menerima sebarang bantuan daripada agensi kerajaan dalam perniagaan, sebaliknya banyak belajar daripada ketabahan dan berdikari dalam situasi ekonomi tidak menentu seperti hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya