Lelaki tertusuk besi meninggal dunia

Lelaki tertusuk besi meninggal dunia selepas tujuh jam bertarung nyawa

ANGGOTA bomba membawa turun Muhammad Firdaus Mazlan YANG terjatuh di sebuah pelantar berketinggian 84 meter di kawasan perindustrian Paka, Dungun, Terengganu. - IHSAN BOMBA DAN PENYELAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Seorang pemotong besi menghembuskan nafas terakhir selepas kira-kira tujuh jam bertarung nyawa ekoran tertusuk besi di bahu kanan akibat terjatuh dari sebuah pelantar di kawasan perindustrian Paka, di sini. 

Muhammad Firdaus Mazlan, 34, meninggal dunia kira-kira pukul 12 malam tadi ketika menerima rawatan di Hospital Dungun. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang semalam, Muhammad Firdaus cedera parah selepas tertusuk besi setelah tersadung dan terjatuh di sebuah pelantar ketika melakukan kerja-kerja memotong besi di sebuah stesen janakuasa elektrik yang telah ditamatkan operasinya. 

Rakannya, Mohd Izzat Amir Mohd Rahim, 32, berkata, Muhammad Firdaus yang belum berkahwin dan  berasal dari Kampung Sungai Udang meninggal dunia malam tadi ekoran kecederaan yang dialami. 

“Jenazah Muhammad Firdaus dibawa ke Masjid Assalikin Kampung Sungai Udang selepas selesai urusan di hospital tengah hari ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya