Lelaki parah tertusuk besi selepas jatuh pelantar

Lelaki parah tertusuk besi selepas jatuh pelantar

ANGGOTA bomba membawa turun seorang lelaki yang cedera parah selepas terjatuh di sebuah pelantar berketinggian 84 meter di kawasan perindustrian Paka, Dungun, Terengganu, petang semalam. - IHSAN BOMBA DAN PENYELAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Seorang pemotong besi cedera parah selepas tertusuk besi di bahu kanan ekoran terjatuh dari pelantar ketika melakukan kerja-kerja pemotongan besi di kawasan perindustrian Paka, di sini petang semalam. 

Dalam kejadian pukul 4.45 petang itu, mangsa yang berusia 34 tahun diselamatkan anggota bomba selepas tergantung pada ketinggian kira-kira 84 meter.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa bersama dua rakannya yang melakukan kerja-kerja memotong besi di sebuah pelantar stesen janakuasa elektrik, tersadung pada sebatang besi menyebabkannya terjatuh.

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik dan tidak terus jatuh ke bawah kerana memakai tali pinggang keselamatan abah-abah. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Mohd. Rizuan Ramli berkata, lapan anggota bomba ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.51 petang. 

“Mangsa  dibawa turun dengan menggunakan pengusung dari pelantar itu kira-kira pukul 6.10 petang sebelum dibawa ke Hospital Dungun untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya