Lelaki OKU, rakan didakwa rompak emas

Lelaki OKU, rakan didakwa rompak emas

MAH Cheow Chuen dan Muhammad Zaim Goh Abdullah tiba di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang, hari ini.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini bersama seorang rakannya atas tuduhan melakukan rompakan bungkusan berisi barang kemas secara berkumpulan pada 12 Disember lalu.

Tertuduh, Mah Cheow Chuen, 43, yang kudung tangan kanan dan seorang lagi tertuduh iaitu Muhammad Zaim Goh Abdullah, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibaca secara bersama di hadapan Hakim Nurzafirah Mohamed Ali.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka bersama seorang lagi yang masih bebas telah melakukan rompak berkumpulan ke atas seorang lelaki berusia 27 tahun.

Kedua-duanya didakwa merompak dua guni mengandungi 160 bungkusan barang kemas dengan bersenjatakan sebilah parang.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah premis di Pusat Perniagaan Oren, Bagan Ajam di sini, jam 7.35 malam pada 12 Disember lalu.

Atas kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Nadia Jamal tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak dibenarkan ikat jamin.

Bagaimananapun, Cheow Chuen dalam rayuannya memaklumkan mempunyai tanggungan ibu, isteri, beserta lima anak manakala Muhammad Zaim yang bekerja sebagai tukang besi juga perlu menyara isteri serta kedua-dua ibu bapanya yang memerlukan rawatan dialisis.

Hakim kemudian membenarkan masing-masing tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta serahan dokumen.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret di sini, Muhammad Zaim dan Cheow Chuen mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki harta curi yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin @ Ghani.

Atas kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun serta denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman masing-masing denda RM3,000 dan lima bulan penjara sekiranya mereka gagal membayar denda berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya