Lelaki mengaku salah rempuh polis

Lelaki mengaku salah rempuh polis

MUHAMAD Solehin Abdul Azih (dua dari kanan) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang atas pertuduhan melanggar seorang anggota polis, bulan lalu. UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melanggar seorang anggota polis, bulan lalu.

Tertuduh, Muhamad Solehin Abdul Azih, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melanggar anggota polis, Amir Ilyas berusia 27 tahun dengan kereta dengan mengetahui perbuatan tersebut boleh menyebabkan kematian dalam kejadian di Flat Taman Seruling Emas di Seberang Perai Selatan (SPS) pada 4.26 pagi, 26 November lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Rifaie Mohamed Riyaludin manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan ketika prosiding, Rafaie meminta mahkamah menetapkan tarikh lain sementara menunggu laporan perubatan selain tidak menawarkan ikat jamin.

Tertuduh kemudian tidak dibenarkan untuk diikat jamin oleh mahkamah yang akan menetapkan satu tarikh kemudian untuk penjatuhan hukuman dan menunggu laporan perubatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN