Lebih RM700,000 bantu koperasi terjejas banjir 

Lebih RM700,000 bantu koperasi terjejas banjir 

AHMAD Norihan Jalal (empat dari kanan) melihat bot yang diserahkan kepada Gerakan Koperasi Negeri Terengganu untuk kegunaan pasukan penyelamat di Pejabat SKM Wilayah Terengganu Selatan di Kemaman, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) meluluskan peruntukan sebanyak RM739,990 untuk disalurkan kepada 81 koperasi yang terjejas banjir di seluruh negara, setakat ini.  

Pengerusinya, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM602,490 diluluskan menerusi Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi (TBKK) manakala bakinya adalah melalui Co-Operative Emergency Relief Fund (CERF). 

“Banjir yang berlaku turut menjejaskan koperasi di seluruh negara termasuk kerosakan premis perniagaan dan aset. 

“Bagi koperasi yang mengalami kerugian teruk termasuk aset sehingga maksima RM30,000, kita akan salurkan bantuan menerusi TBKK manakala bagi kerugian hingga RM10,000 pula kita akan salurkan bantuan CERF,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bot Penyelamat dan Program Tanggungjawab Sosial Korporat Ahli Lembaga SKM, di sini hari ini. 

Bagaimanapun, Ahmad Norihan berkata, koperasi yang terlibat perlu mematuhi syarat yang ditetapkan termasuk membuat laporan polis mengenai kerugian dialami. 

“Kita juga sedang menilai kerugian yang dialami semua koperasi yang terlibat namun difahamkan hampir 400 koperasi di seluruh negara terjejas banjir,” katanya. 

Selain itu, beliau berkata, SKM menyediakan peruntukan sebanyak RM580,000 bagi membantu mangsa banjir di beberapa negeri menerusi Skuad Ihsan Madani. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya