Lebih ramai belia India digesa sertai program TVET

Lebih ramai belia India digesa sertai program TVET

KONTINJEN negara berpeluang meneroka kepelbagaian teknologi serta amalan baik sektor TVET di peringkat antarabangsa. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Lebih ramai golongan belia kaum India digesa menyertai program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan mereka menerusi pelbagai peluang pekerjaan yang kini terbuka luas dalam bidang tersebut.

Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultanah Rogayah (YSR), Muhammad Azali Kalki Abdullah berkata, ketika ini terdapat banyak peluang pekerjaan dalam bidang TVET yang boleh direbut belia India dengan gaji yang agak lumayan.

Menurutnya, YSR amat mengambil berat aspek kebajikan belia India, khususnya di negeri ini selaras dengan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang juga Yang di-Pertuan Agong yang mahukan kaum India menikmati taraf kehidupan yang lebih baik seiring dengan kemajuan yang dikecapi negeri ini.

“Kolej Kemahiran Johor merupakan antara institusi kemahiran yang mempunyai ramai pelajar berketurunan India. Ini merupakan contoh terbaik bagaimana belia India pada masa ini mempunyai kesedaran yang tinggi untuk meningkatkan kemahiran mereka menerusi TVET, seterusnya berpeluang memasuki pasaran pekerjaan dengan menikmati pendapatan yang lebih baik,’’ katanya ketika mewakili Penerusi YSR, Datuk R. Sugumaran merasmikan Majlis Sambutan Deepavali anjuran Kelab Tamil Kolej Kemahiran Johor (KKJ) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) kolej tersebut, di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Eksekutif KKJ, Ruhaizal Abu Amin.

Majlis Sambutan Deepavali itu diserikan dengan persembahan kebudayaan masyarakat India seperti tarian klasik, bacaan puisi dan menghidupkan pelita Deepavali.

Muhammad Azali Kalki berkata, pihak YSR akan mempromosi dan berusaha menarik lebih ramai belia India menyertai KKJ yang dimiliki kerajaan negeri bagi mengikuti pelbagai bidang kemahiran seperti automotif, pendawaian elektrik dan penyediaan makanan yang boleh memberi masa depan lebih baik kepada mereka.

Pada majlis itu pihak YSR memberi sumbangan sebanyak RM3,000 kepada tiga pelajar kaum India yang mengikuti kursus pendawaian elektrik di KKJ yang terpilih menyertai Program Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) di Gansu, China pada 7 hingga 18 Oktober lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya