Lebih 6,000 kes buli di sekolah setakat Oktober

Lebih 6,000 kes buli di sekolah setakat Oktober

AZMAN Adnan (tengah) bergambar Duta Sahsiah, Diong Chuan Xuan (depan, kiri), B. Shavittaasri Nair (tengah) dan Muhammad Hadif Imran Helmee (kanan) pada program Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual di SMK Mutiara Rini, Johor Bahru. UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebanyak 6,208 kes buli di sekolah seluruh negara direkodkan Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) hingga Oktober lalu.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, jumlah itu berkurangan berbanding sebanyak 6,528 kes yang direkodkan sepanjang tahun lalu, namun angka itu meningkat berbanding jumlah kes dicatatkan sepanjang 2022, iaitu sebanyak 3,883 kes.

“Masalah sosial yang semakin meluas di negara kita memerlukan perhatian serius. Kita amat terkesan dengan isu melibatkan murid dan pelajar seperti kes bunuh diri, kesihatan mental, buli dan amang seksual.

“Pada masa sama, kita mengingatkan sekolah-sekolah agar melaporkan sebarang kejadian buli atau gangguan seksual yang berlaku bagi memastikan masalah tersebut dapat ditangani sepenuhnya,” katanya semasa menghadiri program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara Rini, di sini hari ini.

Azman memaklumkan jumlah kes buli yang direkodkan itu merupakan peratusan kecil jika dibandingkan dengan seramai 5.2 juta murid dan pelajar di 10,235 sekolah di seluruh negara.

“Walaupun peratusan kecil, tetapi kita perlu gerak dan banteras habis-habisan agar dapat menjadikan sifar kes buli sama ada sesama murid atau murid dengan pihak lain.

“Apa yang perlu dibuat adalah meningkatkan kesedaran dan lakukan pencegahan. KPM telah mengeluarkan garis panduan komprehensif mengenai bagaimana menerima aduan dan menanganinya, selain program seperti Duta Sahsiah terdiri daripada pelajar-pelajar contoh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya