Lebih 400,000 hektar getah perlu tanam semula

Lebih 400,000 hektar getah perlu tanam semula

AHMAD Zahid Hamidi (tiga dari kiri) menyampaikan replika cek hasil jualan lateks kepada wakil peserta Agropolitan Chemomoi, di Chemomoi, Bentong, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: lebih 400,000 hektar tanah milik pekebun kecil di negara ini perlu dilaksanakan program tanaman semula getah kerana pokok sedia ada sudah tua dan lazimnya tidak lagi mengeluarkan hasil susu yang banyak. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, untuk jangka masa panjang dan menambah baik pendapatan pekebun kecil getah, beliau telah meminta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) melakukan penanaman semula pokok-pokok yang sudah matang.

“Untuk itu, Belanjawan 2025 telah memberi peruntukan secukupnya agar penanaman semula dapat dilakukan, namun hasil penebangan kayu-kayu getah tua ini mesti dilakukan proses pengawetan. Langkah ini supaya kayu-kayu getah ini dijadikan sebagai bahan utama untuk pengeluaran perabot berasaskan kayu.

“Mutu kayu getah ini adalah antara kayu perabot termahal dan terbaik serta mendapat permintaan besar seluruh dunia. Dalam hal ini saya tidak mahu RISDA hanya menjual kayu-kayu yang tidak dirawat, yang tidak mempunyai nilai tambah. 

“Dengan usaha dilakukan oleh Pengerusi dan Ketua Pengarah RISDA, saya yakin usaha-usaha ini telah dimulakan kerana terdapat kira-kira 400,000 hektar tanah-tanah yang dipunyai oleh pekebun-pekebun kecil ini yang boleh ditanam semula,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kompleks Lateks Agropolitan Chemomoi di Ladang Agropolitan Chemomoi, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mengucapkan tahniah kepada pengurusan RISDA kerana mengoptimumkan lima pusat pengoperasian lateks yang terdapat di seluruh negara.

“Saya telah meminta  pusat-pusat ini dibina lebih banyak lagi, mungkin untuk 2025 ini, kita harap dapat dibina 10 lagi dan kita menggunakan dana dalaman untuk membina pusat sedemikian. 

“Ini bertujuan menambah pendapatan pekebun kecil getah dan kita juga mahu mengurangkan kadar pengimportan lateks ini dari luar negara bagi kegunaan kilang-kilang kita yang mengeluarkan bahan-bahan berasaskan getah asli seperti sarung tangan dan pelbagai produk lain,” katanya. 

Selain itu, beliau juga mahu usahawan-usahawan dalam kalangan pekebun kecil getah terus diwujudkan.

Menurutnya, setakat ini, skim mewujudkan para usahawan tersebut sudah pun dilakukan dan walaupun beliau berpuas hati dengan jumlahnya, namun mahu ia terus dipertingkat. 

“Kursus berkaitan mesti juga dilakukan melalui Program Keusahawanan TVET atau Teknousahawan yang ada di bawah RISDA dan. Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) agar penyelarasan ini dapat dilakukan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya