Lari selepas langgar maut, pemandu lori ditahan

Lari selepas langgar maut, pemandu lori ditahan

SEORANG pemandu lori ditahan kerana disyaki melarikan diri selepas menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal di Jalan Senai-Seelong, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI:Seorang pemandu lori yang melarikan diri kerana disyaki menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal berjaya ditahan, beberapa jam selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan pada pada pukul 7.12 malam selepas berjaya dikesan pihak polis.

Pihaknya menerima maklumat tentang kemalangan maut membabitkan sebuah motosikal Yamaha Y15ZR dengan sebuah lori jenis Hino di Jalan Senai-Seelong arah ke Senai pada 8.10 pagi.

“Siasatan awal polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang lelaki berusia 21 tahun itu cuba mengelak lori dipandu suspek yang sedang membelok ke kanan. Situasi itu menyebabkan penunggang motosikal telah hilang kawalan lalu melanggar batu pembahagi jalan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Akibatnya, penunggang motosikal parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Melihat situasi itu, pemandu lori bertindak melarikan diri dari lokasi kemalangan, namun berjaya dikesan dan berjaya ditahan serta kini direman selama dua hari.

“Mayat penunggang motosikal dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI), di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kemalangan itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim menerusi talian 017-7573507 atau datang ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah Kulai.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya