MERSING: Lapan sekelurga cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori treler dengan sebuah kereta di Jalan Mersing Nitar – Felda Nitar pukul 1 petang tadi.
Ketua Balai Bomba Penyelamat (BBP) Mersing, Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Abdul Muiz Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 3.01 petang dengan seramai 13 anggota dari BBP Mersing dikejarkan ke lokasi kejadian
Katanya, seramai sembilan orang mangsa terlibat dalam kemalangan itu dan lapan daripadanya adalah satu keluarga terdiri daripada mereka berusia 39 hingga tiga tahun.
“Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori treler jenis Volvo yang bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Caldina.
“Pemandu lori tidak tersepit manakala pemandu kereta tersepit di bahagian pemandu. Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak menyelamatkan mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat dan seterusnya memberi rawatan awal kepada mangsa-mangsa yang terlibat.
“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke hospital. Difahamkan mangsa menaiki Toyota Caldina merupakan satu keluarga terdiri daripada suami isteri dan enam orang anak semuanya mengalami cedera,” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN