Lapan individu didakwa kes ajaran 'Tuhan Harun' 

Lapan individu didakwa kes ajaran ‘Tuhan Harun’ 

MEDIA sebelum ini melaporkan 'Tuhan Harun' atau nama sebenarnya Harun Mat Saat, 50, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan akibat masalah pernafasan pada 16 Ogos 2016.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lima wanita dan tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini atas pertuduhan mempunyai kaitan dengan ajaran sesat ‘Tuhan Harun’.

Kesemua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syarie Dr. Zainal Abidin Kusmi.

Mereka antaranya didakwa membuat hantaran menerusi aplikasi Telegram dengan membuat dakwaan palsu bahawa Harun adalah tuhan.

Pendakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 8 B dan Seksyen 46 B Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan secara lisan ke atas semua tertuduh dengan dua penjamin warga tempatan dan ebutan kes bagi menetapkan kos jaminan ditetapkan pada Isnin depan.

Terdahulu, semua individu yang berpakaian biasa itu dibawa ke mahkamah dengan dikawal ketat anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), kira-kira pukul 3 petang.

Sementara itu, Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya menyerbu dan menggeledah sebuah premis di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

“Serbuan itu membawa kepada penahanan lapan individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan ajaran Tuhan Harun yang aktif di Pahang pada 2013.Hasil risikan mendapati profil dan modus operandi kumpulan itu mempunyai persamaan dan kaitan rapat dengan ajaran tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya