Lantik Thaksin Penasihat Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 hak PM

Lantik Thaksin Penasihat Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 hak PM – Dr Mahathir

MAHATHIR Mohamad melepaskan konvoi kenderaan pada program misi kemanusiaan pasca banjir 2024/2025 bagi negeri Kedah dan Perlis di Yayasan Kepimpinan Perdana , Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sebagai angota kumpulan penasihat tidak formal kepada Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 adalah hak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun menyifatkan masih ramai lagi individu lain atau tokoh pemimpin yang layak dilantik selain Thaksin yang mempunyai banyak ‘masalah’ ketika menjawat jawatan berkenaan.

“Saya tak tahulah apa sebabnya dia (Anwar) nak pilih, kita banyak ada orang lain. Thaksin pun ada masalah tak tahu lah itu. Saya tak nak tegur lah mereka itu, hak Anwar nak pilih siapa,” katanya ketika ditemui selepas melepaskan konvoi misi bantuan pasca banjir Kedah dan Perlis, di sini hari ini.

Anwar semalam mengumumkan pelantikan Thaksin sebagai anggota kumpulan penasihat tidak formal kepada Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

Thaksin sebelum ini dikaitkan dengan pelbagai isu membabitkan politik dan undang-undang, malah telah digulingkan melalui rampasan kuasa tentera pada tahun 2006 atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa dan selepas disabitkan kesalahan pada tahun 2008, beliau melarikan diri ke luar negara untuk mengelak hukuman penjara.

Pada Ogos 2023, Thaksin kembali ke Thailand selepas 15 tahun dalam buangan, ditahan, dan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun, namun kemudian menerima pengampunan diraja yang mengurangkan hukumannya kepada setahun. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya