Lan Zailan meninggal dunia - Utusan Malaysia

Lan Zailan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Lain Zailan menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pukul 4.20 pagi tadi.

Berita duka itu dikongsikan kepada Utusan Malaysia oleh anaknya, Baizura Zailan.

”Jenazahnya telah dibawa ke Masjid As Salam Puchong Perdana dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 22,” katanya.

Terdahulu, arwah disahkan menghidap kanser pankreas tahap 4 dan menjalani rawatan di PPUM sejak 27 November lepas.

Doktor meramalkan jangka hayat Lan atau nama penuhnya, Zailan Kamaruddin Mohd, dijangka berbaki tiga bulan kerana kanser telah merebak ke hati dan paru-paru.

Allahyarham yang memulakan kerjaya lakonan sekitar empat dekad lalu  pernah membintangi drama-drama popular antaranya Santan Berlada, Rumah Kedai, Kisah Benar, Gerak Khas dan banyak lagi.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN