Lagi ditahan rentas sempadan 

Lagi ditahan rentas sempadan 

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT:  Dua lelaki ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA),Briged Tenggara selepas merentas sempadan Malaysia-Thailand menggunakan pangkalan haram dalam serbuan berasingan, kelmarin. 

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, dalam tangkapan pertama kira-kira pukul 5.15 petang,  Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa melihat sebuah bot dari Thailand menuju ke tebing sungai Malaysia berhampiran pangkalan haram Tanjung, di sini semasa melakukan rondaan penugasan Op Taring Wawasan.

Bagaimanapun katanya, pemandu bot berkenaan sempat melarikan diri dan meninggalkan penumpangdi tebing sungai.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek yang berusia 53 tahun tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang. Suspek dipercayai masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak sah dan ditahan  di bawah Sek 5(2) Akta Imigresen 1959/63,” katanya hari ini.

Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata, tangkapan kedua pula dilakukan kira-kira pukul 5.45 petang di pengkalan haram Paija Pengkalan Kubor, di sini selepas melihat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di pengkalan haram berkenaan. 

“Hasil pemeriksaan mendapati lelaki yang berusia 52 tahun itu merupakan warganegara Thailand dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.  Suspek ditahan di bawah Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya