Kumpulan syarikat LTAT salur bantuan banjir

Kumpulan syarikat LTAT salur bantuan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melaksanakan inisiatif bantuan banjir secara menyeluruh bernilai RM782,800 bagi menyokong komuniti yang terjejas di seluruh Malaysia.

Ketua Eksekutif LTAT, Mohammad Ashraf Md. Radzi berkata, gerakan secara berkumpulan itu menyediakan bantuan segera keperluan asas kepada mangsa yang terjejas melalui sinergi bersama Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 

“Dalam menghadapi cabaran berterusan banjir pada hujung tahun, LTAT kekal proaktif untuk bekerjasama dengan rakan strategik bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada rakyat Malaysia yang terjejas.

“Fokus utama kami adalah memberikan sokongan segera kepada keluarga, khususnya anggota ATM dan veteran yang memainkan peranan penting dalam respons bencana.

“Kami berharap usaha ini dapat memberikan kemudahan serta bantuan yang diperlukan semasa mereka menghadapi cabaran musim hujan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, bantuan untuk bencana banjir itu adalah kerjasama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dengan tema Demi Rakyat dan Negara yang diterajui kerajaan dan Kumpulan syarikat LTAT.

Ia termasuk Pharmaniaga Berhad, Boustead Holdings Berhad (BHB), Boustead Plantations (BPlant), Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd. (BHPetrol), Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC), Boustead Properties Berhad (BProp) dan Affin Group Berhad (AFFIN) 

Mengulas lanjut, Mohammad Ashraf berkata, pihaknya turut bersimpati terhadap semua mangsa yang terjejas akibat banjir dan berdiri teguh bersama mereka yang kini dalam usaha untuk membina semula kehidupan.

“Kami turut menghargai pengorbanan dan dedikasi tidak berbelah bahagi barisan hadapan, sukarelawan, serta pasukan sokongan khususnya anggota ATM yang memberikan impak besar kepada kehidupan mereka yang memerlukan.

“Usaha sinergi ini menyerlahkan komitmen teguh LTAT dan kumpulan syarikat dalam menyokong komuniti yang terjejas akibat banjir, memastikan bantuan segera dan pemulihan jangka panjang dapat dilaksanakan,” katanya.

Antara inisiatif bantuan banjir bersasar di pelbagai negeri melibatkan syarikat kumpulan LTAT adalah Pharmaniaga mengedarkan lebih daripada 24,000 pek ubat-ubatan penting, termasuk vitamin dan suplemen, bagi menyokong usaha bantuan pemulihan di Terengganu dan Kelantan. 

Boustead Plantations pula menyumbang sebanyak RM50,000.00 kepada NGO yang membantu komuniti terjejas banjir di kawasan Kelantan, Kedah, Terengganu, dan Pahang.

Boustead Holdings bersama Boustead Properties dan BHIC, menyokong NGO di Kelantan dengan sumbangan sebanyak RM27,500.00.

BHPetrol pula membekalkan 400 pek barangan keperluan asas ke pusat pemindahan melalui Kementerian Pertahanan dan ATM di Kelantan.

AFFIN pula menawarkan Natural Disaster Relief Programme (NDRP) untuk membantu pelanggan yang terjejas dengan banjir melalui bantuan kewangan untuk pelbagai pinjaman dan produk kewangan, termasuk permohonan moratorium sehingga enam bulan, tertakluk kepada terma dan syarat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya