KPM galak sektor swasta terlibat dalam pembaikan sekolah

KPM galak sektor swasta terlibat dalam pembaikan sekolah

WONG Kah Woh semasa sesi Dewan Negara, hari ini. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) membuka peluang kepada sektor swasta untuk bersama-sama membantu kerajaan dalam menaik taraf infrastruktur sekolah termasuk pembaikan banggunan daif.

 

Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata, langkah itu dilakukan bagi memastikan semua pelajar dapat belajar dalam keadaan selesa di samping menyelesaikan masalah sekolah daif terutama di kawasan pedalaman.

 

Katanya, bagi mempermudah penglibatan pihak swasta, KPM komited menyediakan dokumen panduan bagi mempermudahkan pihak swasta yang berminat, melaksanakan projek pembangunan tersebut.

 

“Bukan itu sahaja, untuk mempercepat kelulusan, kuasa untuk meluluskan projek pembangunan tambahan dan pembaikan, diserahkan kepada Pengarah Pendidikan Negeri,” katanya dalam Dewan Negara, hari ini

 

Beliau menjawab soalan Robert Lau Hui Yew meminta Menteri Pendidikan menyatakan adakah Kerajaan mempunyai perancangan membenarkan pihak swasta melaksanakan pembaikpulihan infrastruktur sekolah sebagai satu langkah untuk mempercepatkan pembaikan bangunan bangunan sekolah yang daif.

 

Tambah beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyeru badan korporat, alumni sekolah dan dermawan untuk sama-sama mengambil tanggungjawab dalam meningkatkan kualiti persekitaran sekolah.

“Antara ditekankan adalah peluang menambah baik kemudahan seperti dewan sekolah dan ruang pembelajaran melalui sumbangan daripada sektor swasta.

“Sebab itu KPM juga sedang memperhalusi rangka kerja bersama Kementerian Kewangan untuk memastikan pelaksanaan inisiatif ini lebih tersusun dan berimpak besar,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya