Kotak bunga api terbakar ketika konsert Siti Nurhaliza, Judika

Kotak bunga api terbakar ketika konsert Siti Nurhaliza, Judika

KEBAKARAN di atas besi perancah berjaya dikawal sepasukan anggota bertugas yang telah bersedia di lokasi sebagai langkah keselamatan pada pukul 11.29 malam. Gambar: JBPM KL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kotak bunga api terbakar ketika berlangsungnya konsert The Journey of Sound: Judika & Datuk Seri Siti Nurhaliza di Stadium Merdeka, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu daripada anggota bertugas yang bersedia di lokasi sebagai langkah keselamatan pada pukul 11.29 malam.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, PBK II Mokhtar Ramli, kebakaran melibatkan kotak bunga api yang diletakkan di atas perancah (scaffolding) di belakang skrin latar.

“Anggota operasi segera menggunakan alat pemadam api untuk mengawal kebakaran dan api dapat dipadamkan tanpa sebarang insiden lebih serius,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengesahkan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan sepanjang kejadian tersebut.

Seramai tujuh anggota bomba dari Balai Bomba Hang Tuah bertindak sebagai first responder untuk menangani situasi berkenaan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya