SONGKHLA, THAILAND: Pasangan dari Malaysia yang bernikah di Thailand perlu mengeluarkan perbelanjaan lebih besar berikutan peraturan baharu bagi mendapatkan surat perakuan selepas bernikah dari pejabat Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) di Songkhla di sini. Ia berikutan surat perakuan pernikahan hanya dikeluarkan oleh pihak konsulat tiga hari selepas pernikahan dilangsungkan di sini, berbanding hanya dua hari sebelum ini. Ini bermakna, setiap pasangan perlu berada lebih lama di negara itu, sekali gus meningkatkan kos seperti bayaran hotel, makanan dan pengangkutan serta bayaran atau upah ejen yang menguruskan pernikahan. Seorang ejen pernikahan dari Malaysia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya