Kos import bekalan makanan naik 20 peratus

Kos import bekalan makanan naik 20 peratus

PERUBAHAN cuaca melampau atau cuaca ekstrem kemarau dan hujan lebat luar biasa bakal memberi impak besar khususnya dalam soal keterjaminan makanan di Malaysia.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerugian besar dialami sektor pertanian impak daripada banjir besar tahun ini, menyebabkan kebergantungan Malaysia kepada import bekalan makanan lebih tinggi dan dijangka meningkat 20 peratus.

Pakar Sekuriti Makanan, Prof. Datin Paduka Dr. Fatimah Mohamed Arshad berkata, kerajaan pada tahun ini membelanjakan lebih RM80 billion makanan import pada tahun ini, lebih tinggi berbanding RM78.7 bilion pada tahun sebelumnya.

Menurutnya, kebergantungan kepada import makanan secara berlebihan bagi menampung kerugian akibat banjir, dibimbangi hanya menjadi satu-satunya alternatif kerajaan untuk mengekalkan keterjaminan makanan.

“Kerajaan dijangka terpaksa mengeluarkan kos banyak untuk mengimport makanan dari luar negara dan menampung balik kerugian yang dialami semasa banjir.

“Sepatutnya, negara perlu memanfaatkan teknologi inovasi dalam pertanian seperti yang dicapai oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), contohnya pertanian menegak dapat membendung kerugian disebabkan bencana banjir,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Semalam, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menganggarkan nilai keseluruhan kerosakan dialami sektor pertanian disebabkan bencana banjir besar yang melanda negara sehingga kini mencecah lebih RM177 juta.

Sejumlah 28,245 hektar kawasan pertanian terjejas dengan sektor padi paling teruk terkesan merangkumi keluasan sawah 27,742 hektar.

Sementara itu, Pakar Ekonomi, Barjoyai Bardai berkata, kerajaan masih kurang mempunyai perancangan konkrit bagi menangani isu keterjaminan makanan secara menyeluruh dalam jangka masa panjang terutamanya pada musim banjir besar.

Beliau berkata, meskipun terdapat pelbagai inisiatif dibincangkan namun tiada satu dasar pun yang dilihat benar-benar komprehensif atau lebih terperinci.

Kata beliau, kebergantungan untuk meningkatkan bekalan import makanan sebaliknya akan meningkatkan kos kepada negara, pada masa sama akan memperlihatkan harga barang keperluan asas rakyat meningkat.

“Selain itu, kesan tersebut juga akan menjejaskan keadaan ekonomi negara yang mana, hal ini akan melemahkan imbangan perdagangan, terutamanya jika eksport tidak dapat menampung kekurangan tersebut.

“Imbangan perdagangan yang lemah juga akan menyumbang kepada defisit akaun semasa negara, yang menunjukkan aliran keluar mata wang asing lebih tinggi berbanding aliran masuk,” katanya.

Malah beliau berkata, berkemungkinan rizab negara turut menurun akibat daripada kesan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya