Konten makin mengarut, Fattah Amin ditegur netizen - Utusan Malaysia

Konten makin mengarut, Fattah Amin ditegur netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Lama-lama sudah tidak seronok. Fattah sudah tidak eksklusif.”

Begitulah respons rata-rata netizen yang mula meluat melihat pelakon, Fattah Amin tampil dengan konten murahan bagi mempromosikan produk  kambing perap jenama tempatan.

Fattah atau nama lengkapnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 34, dilihat telah memuat naik sebuah video memujuk seorang pekerja, Una yang dikatakan sudah berhenti kerja.

“Kalau Una tengok video ini cuba jawab panggilan saya. Kalau ada apa-apa tak puas hati beritahu saya.

“Kita bawa berbincang. Jangan lupa tengok siaran langsung saya esok,” katanya.

Kurang senang dengan tindakan pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu, rata-rata netizen turut mempersoalkan tindakan Fattah membuat konten yang dianggap kurang matang tatkala isterinya yang juga pelakon, Nur Fazura masih dalam iddah.

“Tidak matang punya konten. Tidak sesuai bila bekas isteri masih dalam iddah, suami keliling, seronok-seronok pujuk perempuan lain,” tegur seorang netizen.

“Tidak mahu pujuk Fazura, tapi sibuk pujuk Una. Paling bos,” kata seorang lagi peminatnya.

“Masa isteri merajuk tak ada pula buat video pujuk begini,” komen seorang lagi netizen.

Pada November lalu, Fattah telah dilantik secara rasmi sebagai Ketua Pegawai Pemasaran untuk jenama yang terkenal dengan produk daging perap itu setelah beberapa kali membuat sesi siaran langsung bersama pekerja tersebut. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN