Komando dihanyut arus deras masih belum ditemui - Utusan Malaysia

Komando dihanyut arus deras masih belum ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Anggota tentera yang dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi Sungai Merah di kawasan Hutan Royal Belum di sini Jumaat lalu, masih belum ditemui.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, usaha mencari mangsa sedang giat dijalankan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Operasi diteruskan meliputi kawasan sekitar kejadian. Setakat ini seorang lagi mangsa belum ditemui. Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan dan bersambung esok pagi,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, proses bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Taiping dan jenazah anggota terbabit telah dituntut ahli keluarga untuk dibawa pulang ke kampung halaman bagi urusan pengebumian.

Menerusi laporan media semalam, seorang anggota tentera ditemukan lemas manakala rakannya pula hilang dibawa arus deras ketika cuba menyeberangi Sungai Merah.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Lans Koperal Mohd. Afandi Jahwin manakala yang hilang pula ialah Lans Koperal Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi.

Kedua-dua mangsa dikatakan berusia antara 20 hingga 30 tahun.

Difahamkan, kejadian sekitar pukul 6 petang itu berlaku ketika kedua-dua anggota komando itu sedang menyertai gerakan operasi Kota Echo/Foxtrot di kawasan hutan simpan berkenaan.

Kedua-dua mereka bersama tujuh anggota lain cuba menyeberangi sungai tersebut namun gagal sebelum hilang dihanyutkan arus deras. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya