Kolam takungan pecah, Taman Seri Alam umpama dilanda tsunami

Kolam takungan pecah, Taman Seri Alam umpama dilanda tsunami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah kolam takungan berhampiran Taman Seri Alam, Saujana Utama, Sungai Buloh dekat sini pecah menyebabkan limpahan air keluar ke kawasan perumahan itu.

Berdasarkan perkongsian di laman Facebook Saujana Utama, Sungai Buloh, kejadian menyebabkan kawasan itu kini dilimpahi air.

Beberapa klip video yang memaparkan kejadian itu turut tular di laman sosial ketika ini.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut berkenaan punca kejadian itu berlaku, namun berdasarkan komen daripada pengguna laman sosial, insiden itu berlaku akibat dinding kolam takungan pecah.

Terdahulu, tular di Facebook Saujana Utama memaparkan kawasan perumahan telah banjir teruk akibat dinding kolam takungan pecah.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna menasihatkan orang ramai supata tidak melalui kawasan terbabit kerana berlaku kelihatan kesesakan jalan raya untuk memasuki kawasan itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya