KKM, BNM tentukan kenaikan insuran tidak tinggi - Utusan Malaysia

KKM, BNM tentukan kenaikan insuran tidak tinggi

Parlimen: KKM, BNM tentukan kenaikan insuran tidak tinggi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menentukan kenaikan kadar premium insurans perubatan susulan kadar itu meningkat antara 40 hingga 70 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun terdapat sedikit peningkatan premium insurans, ia perlu dikawal untuk memastikan ia tidak membebankan rakyat.

Beliau berkata, alasan di sebalik kenaikan tersebut boleh diterima dan munasabah tetapi kawalan perlu dilaksanakan bagi mengelakkan masalah kepada pesakit dan memberi impak negatif terhadap inflasi.

“Kita faham ada sedikit peningkatan dengan kemunasabahan alasan yang diberikan tetapi harus dikawal.

“BNM dan KKM akan menentukan ada kawalan supaya kenaikan itu tidak akan terlalu tinggi dan menimbulkan banyak masalah-masalah kepada pesakit dan masalah kepada peningkatan inflasi,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) yang meminta kerajaan menyatakan langkah mengatasi masalah kenaikan premium insurans perubatan antara 40 peratus hingga 70 peratus dan inflasi kos perubatan negara sebanyak 12.6 peratus tahun 2023, lebih dua kali ganda berbanding purata global 5.6 peratus.

Tambah Anwar, kerajaan akan mengumumkan pelaksanaan program Rakan KKM, yang merupakan inisiatif kerjasama antara KKM dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLICs).

“Program ini membolehkan Kementerian, GLICs, dan pesakit memilih kemudahan tambahan dengan kos yang lebih rendah, bukan di hospital yang sesak atau sektor swasta yang kosnya terlalu tinggi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya