KKDW bina baharu, baik pulih rumah rosak mangsa terjejas banjir

KKDW bina baharu, baik pulih rumah mangsa yang rosak, terjejas banjir

SAIFUL Yazan Sulaiman (tiga dari kanan) bersama Nawal (tiga dari kiri) dan Shamrol (dua dari kiri) melihat timbunan barangan rosak berupa perabut, tilam dan peralatan elektrik penduduk di Kampung Air Taling akibat banjir, Jumaat lalu.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKDW) akan memperhalusi dan menilai rumah-rumah di kawasan desa yang rosak akibat banjir dengan menyediakan  rumah baharu atau membaik pulih kediaman terjejas.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif itu antara usaha dilaksanakan di peringkat kementerian ini dalam menggerakkan usaha bagi membantu mangsa-mangsa bencana itu.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, pihaknya akan melancarkan Tabung Derma Kilat Bantuan Banjir dan menyediakan bantuan sama ada dalam bentuk kewangan atau barangan keperluan harian.

“Skuad Ihsan Madani akan ditubuhkan secara menyeluruh di peringkat kementerian, agensi dan anak-anak syarikat.

“Skuad ini boleh memberikan tumpuan terhadap pasca banjir, bagi membantu keluarga mangsa yang terjejas,”  katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan bagi Bulan Disember 2024 dan sambutan Hari Inovasi dan Kualiti KKDW di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, usaha ini bukan sahaja mencerminkan komitmen KKDW dalam membantu rakyat menghadapi musibah, tetapi membuktikan semangat kesatuan dan keprihatinan dalam menjaga kebajikan masyarakat desa terjejas.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan bersedia sepenuhnya untuk menghadapi sebarang kemungkinan gelombang kedua yang dijangka berlaku pada 8 hingga 14 Disember ini.

“Pada gelombang kedua ini, Pahang dan Johor akan turut terlibat banjir dan kita harap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah membantu mereka

“Kesiapsiagaan perlu dibuat awal untuk mengelak perkara tak diingini berlaku,” katanya.

Bencana banjir kali ini disifatkan amat luar biasa berbanding tahun 2014 dengan kemuncak kejadian melibatkan lebih 153,000 mangsa dengan 45,000 keluarga.

Namun, ketika ini jumlah mangsa menurun sekitar 60,000 mangsa yang masih berada di pusat pemindahan sementara di negeri-negeri terlibat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya