KKDW bina baharu, baik pulih rumah rosak banjir

KKDW bina baharu, baik pulih rumah rosak banjir

Ahmad Zahid Hamidi melawat reruai dalam Majlis Perhimpunan bulan disember 2024 dan Sambutan Hari Inovasi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Putrajaya semalam. – UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Ke­ma­juan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memperhalusi dan menilai rumah-rumah di kawasan desa yang rosak akibat banjir dengan menyediakan rumah baharu atau membaik pulih kediaman terjejas.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif itu antara usaha dilaksanakan di peringkat kementerian dalam menggerakkan usaha bagi membantu mangsa-mang­sa bencana itu.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, pihaknya akan me­lancarkan Tabung Derma Kilat Bantuan Banjir dan menyediakan bantuan sama ada dalam bentuk kewangan atau bara­ngan keperluan harian.

“Skuad Ihsan Madani akan ditubuhkan secara menyeluruh di peringkat kementerian, agensi dan anak-anak syarikat.

“Skuad ini boleh memberikan tumpuan terhadap pasca banjir, bagi membantu keluarga mangsa yang terjejas,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan dan sambutan Hari Inovasi dan Kualiti KKDW di sini, semalam.

Ahmad Zahid berkata, usaha itu bukan sahaja mencerminkan komitmen KKDW dalam membantu rakyat menghadapi musibah, tetapi juga membuktikan semangat kesatuan dan keprihatinan dalam menjaga kebajikan masyarakat desa terjejas.

Dalam pada itu, beliau ber­kata, kerajaan bersedia sepenuh­nya untuk menghadapi se­­barang kemungkinan gelombang kedua yang dijangka berlaku pada 8 hingga 14 Disember ini.

“Pada gelombang kedua ini, Pahang dan Johor akan turut terlibat banjir dan kita harap Jawatankuasa Pengurusan Ben­cana Negeri dan Daerah mem­bantu mereka.

“Kesiapsiagaan perlu dibuat awal untuk mengelak perkara tak diingini berlaku,” katanya.

Bencana banjir kali ini amat luar biasa berbanding tahun 2014 dengan kemuncak kejadian melibatkan lebih 153,000 mang­sa daripada 45,000 keluarga.

Ketika ini jumlah mangsa menurun sekitar 60,000 mang­sa yang masih berada di pusat pemindahan sementara di ne­geri-negeri terlibat. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya