KUALA LUMPUR: Genap lima hari bersalin, penyanyi dan pelakon, Nabila Razali tampil berkongsi foto lengkap bersama suaminya, Nik Iruwan dan anak sulung mereka.
Momen indah itu telah dikongsikan oleh Nabila menerusi sebuah hantaran di Instagram buat pertama kali selepas melahirkan anak lelaki pada 23 Disember lalu.
“Alhamdulillah, dengan rasa kasih dan penuh syukur kami raikan anugerah paling bermakna ini,” tulisnya.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Hanya Kamu itu masih belum mendedahkan nama dan wajah putera sulungnya itu.
Teruja dengan perkongsian tersebut, rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut menzahirkan ucapan tahniah di ruangan komen.
Sekadar info, Nabila dan Iruwan telah mendirikan rumah tangga pada 18 November 2023.-UTUSAN