Kewangan Bersatu kritikal, akaun masih disita SPRM

Kewangan Bersatu kritikal, akaun masih disita SPRM

RINA HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kedudukan kewangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kritikal berikutan akaun parti itu masih dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bendahari Bersatu baharu, Datuk Seri Rina Harun memberitahu, keadaan itu menyebabkan Bersatu berdepan kesukaran menjalankan aktiviti terutama di peringkat akar umbi. 

“Saya akan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu di IDCC Shah Alam, di sini, hari ini. 

Menurut Rina, pihaknya juga perlu melakukan pelbagai pendekatan bagi menjana sumber kewangan termasuk menggesa peringkat bahagian menceburi bidang keusahawanan.

Justeru beliau mengingatkan ahli parti untuk bersama membantu menyumbang kerana ia juga dapat mewujudkan rasa sayang kepada parti. 

“Saya juga mahu gerakkan bendahari peringkat negeri dan bahagian, supaya kita dapat jana pendapatan dan ekonomi, sekurang-kurangnya untuk bahagian boleh bergerak sendiri,” katanya.

Sejak bermulanya PAT Jumaat lalu, tabung sumbangan telah diedarkan kepada perwakilan.

Tahun lalu, dua akaun parti itu dibekukan oleh SPRM setelah mengemukakan perintah mengikut Seksyen 50 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001) kepada pihak bank. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya