MENGENALI pelakon cantik berkulit putih gebu ini, Sophia Al-Barakbah, bukanlah seorang yang terlalu mengambil kisah dengan apa yang mahu diperkatakan orang terutama mereka yang tidak kenal dengan dirinya.
Tetapi, ketika berbual dengan pengurusnya baru-baru ini, Cik Bunga difahamkan, pelakon ini adakala terasa juga dengan kata-kata negatif orang. Hal yang tidak ada kena mengena dengan dia pun orang mahu dikaitkan.
Contohnya, bila dia sering dilabel sebagai perempuan gatal. Walhal, Sophia tidak seperti yang didakwa pun. Hanya kerana cara dia bercakap, bernada lembut, orang cakap dia mengada-ngada hendak bermanja. Jadi, sebab itulah lelaki mudah terpikat dan jatuh cinta.
Lelaki yang bermata keranjang dan tidak kuat iman atau tidak sedar diri dan ruang, memanglah akan mudah jatuh cinta. Bukannya Sophia yang sengaja hendak tarik perhatian atau mahu suruh lelaki jatuh cinta, ye tak?
Kata pengurus Sophia lagi, ada ketika dia terpaksa memujuk Sophia supaya usah melayan sangat kata-kata orang itu.
Bagi pengurusnya, Sophia seorang wanita yang baik dan kalau mahu tahu, dia juga sebenarnya seorang yang introvert. Kalau depan kamera atau kena bekerja, memanglah nampak dia macam pandai bercakap.
Tetapi hakikatnya, dia lebih suka duduk di rumah dan jarang bergaul dengan orang andai tidak ada kerja. Tidak mengapalah Sophia, buat tak tahu sahajalah apa yang dikata orang itu, asalkan awak tahu siapa diri awak sendiri, tidak buat perangai dan fokus pada kerja.
Kalau ada orang tidak suka, ingat sahaja, ada ramai lagi yang sayangkan awak. Paling penting, nanti Sophia akan ke London bukan dengan Fattah Amin untuk penggambaran sebuah drama? ‘Enjoy’ jalan jalan juga ya di sana!