Kes seludup dadah menerusi udara naik 22 peratus

Kes seludup dadah menerusi udara naik 22 peratus

SEBAHAGIAN dadah disita dalam dua kes berbeza di KLIA baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 135 kes penyeludupan dadah masuk dan keluar menerusi pengangkutan udara di pintu masuk negara direkodkan sepanjang tahun ini, mencatatkan peningkatan sebanyak 22 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Cawangan Perhubungan Awam Jabatan Kastam, berbanding tahun lalu, hanya 111 kes penyeludupan bahan terlarang itu melalui kaedah berkeaan.

Katanya, bagi menangani isu berkenaan, satu perbincangan sudah diadakan pada 17 Disember lalu melibatkan Bahagian Penguatkuasaan Kastam bersama Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd serta pihak Cargo Terminal Operator.

“Perbincangan tersebut bagi memuktamadkan strategi penguatkuasaan di dalam kawasan Zon Bebas termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan KLIA 2.

“Strategi ini mendapat sambutan positif daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) serta Cargo Terminal Operator,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Selain itu, Kastam juga akan memperkukuhkan kawalan dengan menggunakan sepenuhnya tambahan 66 unit mesin pengimbas yang ditempatkan di seluruh Malaysia serta 20 anjing pengesan dadah.

Jelasnya, Kastam turut mengingatkan mana-mana individu atau pihak yang terlibat sama ada dalam membuat pengikraran dagangan atau mengangkut dagangan supaya lebih berhati-hati bagi mengelakkan sebarang masalah undang-undang.

“Kastam sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan agensi lain dalam mengawal pintu keluar masuk negara demi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.

“Langkah itu bertujuan membanteras aktiviti penyeludupan dadah yang semakin membimbangkan di pintu masuk negara,” jelasnya.

Orang awam juga digesa untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di seluruh negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya