Kes seludup barang kawalan bersubsidi  turun semasa banjir

Kes seludup barang bersubsidi turun semasa banjir

AZMAN Ismail (tengah) mengiringi Muhamad Hanif Asa'ri ( kanan) ketika menyerahkan pek makanan kepada wakil mangsa banjir di MRSM Tumpat, Pengkalan Kubor, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kes penyeludupan barang kawalan bersubsidi  menurun ketika musim banjir melanda negeri ini.

Pengarah  Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, hanya satu  kes dicatatkan dalam tempoh hampir dua minggu banjir melanda negeri ini.

Katanya, penurunan kes itu kerana kawalan dan keselamatan bagi mengekang penyeludupan tetap diperketat walaupun dalam situasi banjir sekali pun.

“Satu kes rampasan itu membabitkan penyeludupan petrol  menggunakan kereta Proton Waja dengan tangki kenderaan diubahsuai.

“Rampasan tersebut dilakukan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga pada 5 Disember lalu dan  seorang lelaki Thailand ditahan,” katanya kepada pemberita sempena lawatan di pusat pemindahan banjir (PPS) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat di Pengkalan Kubor di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya