Kes lelaki dipukul di Pulau Pinang tiada kaitan isu perkauman

Kes lelaki dipukul di Pulau Pinang tiada kaitan perkauman

TANGKAP layar menunjukkan berlaku satu pergaduhan antara dua lelaki di bahagian luar sebuah kedai makan dengan disaksikan oleh beberapa pelanggan di Machang Bubok, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Polis mengesahkan bahawa kejadian seorang individu dipukul di sebuah kedai makan di Machang Bubok di sini beberapa hari lalu bukan berpunca daripada isu perkauman.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, sebaliknya, kejadian itu berlaku disebabkan oleh perselisihan faham yang dikatakan berpunca daripada isu peribadi antara kedua-dua pihak.

Terdahulu, beliau berkata, rakaman video mengenai kejadian itu tular sejak pagi tadi selepas ia dimuat naik ke dalam satu laman Facebook.

“Siasatan lanjut mendapati, kejadian itu berlaku pada 27 Disember (kelmarin) kira-kira pukul 2.45 pagi di sebuah kedai makan di Machang Bubok di sini.

“Ketika ini, laporan polis mengenai kejadian itu telah pun diterima dan satu kertas siasatan juga telah dibuka di bawah Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan,” katanya di sini, hari ini.

Dalam rakaman video berdurasi satu minit 36 saat itu, seorang lelaki dipercayai pekerja kedai makan telah dimarahi dan dipukul bertalu-talu oleh seorang lelaki lain dengan disaksikan beberapa pelanggan yang kebetulan masih berada di dalam kedai makan berkenaan.

Selain menumbuk muka mangsa, suspek turut memukul kepala pekerja kedai makan itu dengan menggunakan penutup dan tong sampah berdekatan.

Dalam pada itu, Helmi memberitahu, suspek telah ditangkap dan direman sehingga esok, namun katanya, siasatan lanjut masih dijalankan ketika ini.

“Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat keselamatan awam,” ujar beliau.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya