Kertas siasatan Papagomo tipu wang derma sedang dilengkapkan

Kertas siasatan Papagomo tipu wang derma sedang dilengkapkan

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan siasatan kes tipu wang derma dengan memanipulasi nama sebuah syarikat membabitkan blogger Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, terdapat beberapa perkara perlu dikemas kini untuk dilengkapkan sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. 

“Setakat ini seramai 16 individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut. 

“Selepas kertas siasatan dilengkapkan, ia akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Jumaat lalu, polis mengesahkan Papagomo ditahan di rumahnya di Putrajaya dekat sini oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman.

Turut difahamkan, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasikan nama sebuah syarikat bagi mengutip dana daripada orang awam. 

Difahamkan, penahanan itu dilakukan susulan satu laporan polis dibuat seorang menteri pada Julai lalu. 

Dalam tangkapan itu, pihak polis turut merampas telefon bimbit milik Papagomo dan blogger terbabit kini ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini bagi siasatan lanjut.

Sementara itu, peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali dalam kenyataan berkata, Wan Muhammad Azri ditahan kira-kira pada 1.30 pagi dan laporan ini terkait satu isu berkenaan syarikat Invoke Solutions.

“Mahkamah setelah mendengar hujahan dan telah memerintahkan reman satu hari. Perkembangan lanjut akan dimaklumkan,” ujarnya.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya