Kerjasama ibu bapa, sekolah generasi berintegriti, hindar rasuah

Kerjasama ibu bapa, sekolah lahir generasi berintegriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INTEGRITI seperti rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan yang sedang berlaku dalam masyarakat kita semakin membimbangkan.

Walaupun tangkapan demi tangkapan dibuat oleh pihak berkuasa namun kes berkaitan integriti kelihatan terus bertambah, sekali gus membuktikan masih ramai yang tidak ambil iktibar dan peringatan sewajarnya.

Secara jujurnya kita perlu akui masalah rasuah sudah terlalu sebati dalam masyarakat dan tular menjadi sistematik di semua peringkat lapisan dalam sesuatu organisasi. Ini menyebabkan masalah ini terlalu sukar ditangani dan pelaku pula kelihatan terlalu kebal dari tindakan pihak berkuasa.

Ironinya mencegah rasuah atau melahirkan generasi yang celik integriti akan memakan masa dan proses yang panjang. Ia tidak boleh berlaku dalam satu hari atau satu malam.

Justeru usaha untuk menangani dan memerangi rasuah perlu dilaksanakan secara lebih teratur dan berfokus agar kita dapat melahirkan generasi masa depan yang celik integriti yakni memiliki jati diri yang tinggi dan daya tahan yang kuat sehingga mampu katakan tidak kepada rasuah.

Maka usaha ini perlu bermula di rumah dan sekolah merangkumi peranan dan tanggungjawab ibu bapa serta guru. Kita yakin kerjasama dan komitmen ibu bapa serta guru mampu menerapkan elemen integriti iaitu nilai-nilai murni seperti telus, amanah, bertanggungjawab, adil, ikhlas dan jujur.

Hal ini amat bertepatan dengan pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya kerana nilai-nilai murni yang diajar, dididik dan diterap sejak anak itu kecil membolehkan mereka memahami, menghayati dan mengamalkan nilai tersebut yang akhirnya akan jadi satu budaya dalam kehidupan seharian pada sepanjang masa.

Sebagai individu yang paling rapat dengan anak, ibu bapa sudah semestinya perlu membuka langkah untuk menerapkan budaya integriti dalam diri anak masing-masing.

Ibu bapa perlu menjadi teladan kepada anak dengan menzahirkan tingkah laku dan nilai-nilai murni yang betul dan positif.

Harus diingat anak mudah ingat sesuatu yang mereka lihat berbanding apa yang dibaca, maka ibu bapa boleh mendidik dengan cara menunjukkan kepada mereka apa yang patut dibuat dan apa yang tidak wajar dibuat.

NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED
Yang Dipertua PIBG

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN