Kereta terbakar berhampiran Plaza Tol Wangsa Maju

Kereta terbakar berhampiran Plaza Tol Wangsa Maju

KEADAAN kereta yang rentung sepenuhnya berhampiran Plaza Tol Wangsa Maju. - JBPM KL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz 450 musnah terbakar dalam kejadian berhampiran Plaza Tol Wangsa Maju di sini, hari ini.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur, panggilan kecemasan diterima melalui MERS999 pada pukul 1.38 petang sebelum sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dengan kekuatan tujuh anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Nor Saiful Ibrahim memaklumkan, pasukan bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati bahagian enjin kenderaan itu terbakar sepenuhnya.

“Tiada mangsa terlibat dalam insiden ini dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 2.15 petang. Bagaimanapun, punca kebakaran masih dalam siasatan unit forensik bomba,” katanya dalam kenyataan.

Jelas beliau, tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengelakkan kebakaran daripada merebak ke kawasan sekitar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya